Tom Yam Mudah & Ringkas
Saiz hidangan : 4 orang
Bahan-bahan :
1) 2 sudu besar pes tomyam (sebarang jenama, disyorkan - Adabi)
2) 3 batang serai
3) 500 gram ayam/boneless chicken/dipotong dadu
4) 5 ekor sotong
5) 300 gram daging (yang telah dipotong)
6) 1 camca garam halus
7) Sedikit halia
8) Daun limau purut
9) 1-2 keping asam keping
10) Sedikit cili padi
11) Sebiji bawang besar
12) Bunga kobis, mini jagung, lobak merah (optional)
13) 2 biji tomato
Cara-caranya :
1) Rebus ayam. sotong dan daging terlebih dahulu. Tumbuk serai di bahagian
hujungnya dan masukkan bersama ke dalam periuk. Masukkan halia. Tunggu sehingga
ayam dan daging masak.
2) Perlahankan api, masukkan 2 sudu pes tomyam. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukkan garam secukup rasa.
3) Masukkan asam keping. 1 keping pun memadai bergantung pada saiz asam tersebut.
Dikhuatiri jika berlebihan asam keping akan merosakkan rasa tomyam.
4) Masukkan cili padi secukup rasa. Hiris bawang besar dan masukkan
ke dalam sebatian. Kemudian masukkan daun limau purut. Anda boleh
masukkan bahan-bahan optional seperti bunga kobis, mini jagung dan
lobak merah bersama.
5) Apabila hampir siap, potong beberapa biji tomato dan masukkan ke dalam periuk.
Tunggu beberapa minit dan jangan biarkan terlalu lama mendidih kerana tomato
akan mudah layu. Nota : tomato juga adalah penyumbang rasa masam tomyam
dan menjadikannya lebih sedap.
6) Padamkan api dapur. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:
Post a Comment